DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, DENYUT KASIH MEDIK.
Denyut kasih Medik
n0v3l t3rb4ru
tajuknya PANGGIL AKU DAHLIA...novel nie best...
sebahagian sinopsisnya...
“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!
Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
* * *
Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!so jgn lupa beli novel nie...
x de ruginya...
novel TUNAS +aAbB by hlovate
salam semua...
sihat???
hari nie wanie nak cerita tentang novel yang wanie baca minggu nie........
nie dia novel tu..
sebenarnya wanie dah beli novel aA+bB...
so, wanie beli novel TUNAS nie sebab nak mengetahui lebih lanjut tentang kisah Adin & Benz serta Magnificent...
sape2 yang dah beli novel aA+bB, wanie cadangkan korang beli novel TUNAS...
lepas baca novel TUNAS nie korang baca balik novel aA+bB..
mesti best punya...
sape2 yang belum membeli novel aA+bB wanie cadangkan korang beli novel TUNAS dulu...
lepas korang habis baca, korang beli novel aA+bB...
x de ruginya beli kedua-dua novel nie...
sape yang ada duit lebih korang beli kedua-dua novel nie...
kepada penggemar novel di luar sana, jangan lupa untuk membeli kedua-dua buah novel nie..
wasalam...
