Showing posts with label helpMe. Show all posts
Showing posts with label helpMe. Show all posts

matang

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

aku xtau apa aku rasa sekarang...
kadang-kadang ok, kadang-kadang rasa DOWN...
orang sekeliling selalu mempengaruhi aku...
bila aku DOWN, aku akan duduk sorang-sorang, pastu menangis...

bertapa tak matangnya kau nie...
lari dari masalah...
sampai bila-bila tak selesai...

good nyte..

kekuatanku

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.


Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.


Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...


Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.


Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.


Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.


Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.


Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga  al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.


Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.


Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang  ikhlas.


Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu  dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.


 Ya Allah, janganlah Engkau bebankan aku dengan ujian Mu yang aku tidak mampu memikulnya. Ampunkanlah aku, rahmatilah aku dan kasihanilah aku.


Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah لآ اله الا الله


Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan


 Sesungguhnya aku mengaku bahawa mati itu benar, masuk kedalam lubang kubor itu benar, bertemu munkar dan nakir itu benar, soal kubor itu benar, ditimbang amal baik dan amal jahat itu benar, nikmat dan seksa kubor itu benar, syurga dan neraka itu benar serta hari kiamat itu pasti datang


 Ya Allah, pada Engkau aku serahkan hidup dan mati ku. Engkau lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



*kekuatanku hanya apa padaMU ya ALLAH SWT =,(

Restu ibu

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

hmm...
macam mana nak cerita er...
tak sangka jadi dalam family yang rapat ngan aku...


ok, aku nak start cerita dah nie...


seorang lelaki nie...
anak tunggal...
tinggal dengan mak...
ayah dah meninggal masa dia dalam kandungan mak dia...

lelaki nie nak kawin...
mak dia tak setuju...
dia tetap nak kawin gak...
mak dia tak nak sebab tak suka dengan perempuan tu...
perempuan tu biasa-biasa ja...
ayu..pakai tudung...
mak dia nak menantu yang alim...
golongan ustazah la..
sebab mak dia ustazah...

sebelum dia buat keputusan nak kawin tu, dia tanya pakcik-pakcik(adik2 kepada arwah ayah) dia...
pastu pakcik2 dia bincang ngan mak dia...
mak dia tetap tak setuju...
dia tetap nak kawin gak walaupun mak dia tak setuju...
so, pakcik2 dia buat gak majlis tuk dia...

masa majlis pertunangan, mak saudara dia yang sarungkan cincin....
aku ada time nie...

majlis perkahwinan buat kat kampung ayah dia...
time nie aku tak da..
tengah stdy kat merbok...
mak dia tak datang...
sedihnya... ='(

sejak berkahwin, sekali ja isteri dia pernah berjumpa mak dia...
mak dia buat tak tau ja...
dapat rasa apa yg isteri dia rasa???
semenjak kejadian tu, dia ja yang selalu balik rumah mak dia...

kalau raya, dia ja yang balik jenguk mak dia...
tak bawak isteri dia..

sekarang, dia da ada anak seorang...
anak perempuan...
comel sangat-sangat =D
mak dia tak nak terima cucu tu...
lagi la sedih...
ingankan bila da ada cucu nie, sejuk la sikit hati seorang ibu...
tetapi apakan daya, hati ibu kita tak dapat duga..

samapai sekarang pakcik2 dia tak jenguk mak dia..
sebab pakcik2 dia buat majlis untuk dia....
dia ja selalu jenguk mak dia...


persoalan yang bermain di minda ku:
1. berdosakah lelaki tu sebab berkahwin tanpa restu mak dia??
2.  salah tak pakcik2 dia buat majlis untuk dia walaupun mak dia sendiri tak setuju??
3.  pakcik2 dia berdosa x?


help me...







deDunia beBlog =)

Daisypath Friendship tickers