Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Selamat Hari Raya

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..

p/s: esok nak gerak pergi Kings Hotel, Melaka for INFOSYS Foundation Program (Batch 12).

kekuatanku

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.


Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.


Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...


Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.


Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.


Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.


Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.


Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga  al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.


Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.


Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang  ikhlas.


Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu  dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.


 Ya Allah, janganlah Engkau bebankan aku dengan ujian Mu yang aku tidak mampu memikulnya. Ampunkanlah aku, rahmatilah aku dan kasihanilah aku.


Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah لآ اله الا الله


Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan


 Sesungguhnya aku mengaku bahawa mati itu benar, masuk kedalam lubang kubor itu benar, bertemu munkar dan nakir itu benar, soal kubor itu benar, ditimbang amal baik dan amal jahat itu benar, nikmat dan seksa kubor itu benar, syurga dan neraka itu benar serta hari kiamat itu pasti datang


 Ya Allah, pada Engkau aku serahkan hidup dan mati ku. Engkau lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



*kekuatanku hanya apa padaMU ya ALLAH SWT =,(

hidup tidak selalunya indah

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

bulan-bulan terakhir sebelum final exam.
bzy dengan FYP proposal.
yang menyebabkan aku hilang fokus dalam subject lain.
yang membuat aku menangis dalam kelas depan kawan-kawan time present.
dapat bayangkan tak?
lecturer yang suruh menangis, aku menangis la.
hahaha

rasanya tiap-tiap kali masuk kelas FYP, aku menangis.
bukan aku ja.
ada ja classmate aku menangis.
owh FYP, mohon kurangkan bebankan kami.
huhuhu

hari nie ambil masa sikit update blog.
dah lama tak buka.
melepaskan beban-beban FYP disini.
da tak tau nak cerita kat sesiapa.
disini aku luahkan segalanya.

aku bersyukur sangat, orang-orang sekeliling memberi semangat tak putus-putus.
terutamanya mak dengan ayah.
bila call ja mesti aku menangis.
ah, rindunya.
nak balik, tapi tak boleh ='(

kawan-kawan yang selalu menasihati, tenangkan hatiaku kala kesedihan terutamanya roomate aku, IZYAN.
dia punya nasihat n bebelan da macam mak aku bebel.
hahaha
terima kasih IZYAN sebab selalu nasihat wani.
wani sayang IZYAN. hehehe =D
*sorry IZYAN, wani xda masa nak pergi unit kesihatan, bzy sangat ngan FYP. =P

dan dia yang memberi semangat dari jauh.
terima kasih sangat-sangat. =D



Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin =D

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

aku baru nak ucap selamat hari raya...
bukan tak da masa..
macam-macam terjadi sebelum nie...
so, sekarang da tenang sikit walaupun ada lagi sikit masalah..
hohoho



alhamdulillah, still lagi dapat duit raya...
yeaaa...
tahun depan bagi lagi....
hahahaha =P



Hana Zulaikha..
anak abang Zul dan kak Nurul =D



wedding anak kawan ayah...
pinjam pelamin orang...
gambar pengantin tak dak pon...
=P

di sini aku menyusun 10 jari ingin memohon  kemaafan kepada sahabat-sahabat aku yang selama ini selalu ada disisi aku sama ada masa susah dan senang...
kalau ada terkasar bahasa, maafkan aku..
tegurlah aku kalau aku ada buat salah...
jangan diam dan simpan dalam hati...
tegur ja...
okeh


that all...
nyte =D


new year

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

selamat tahun baru...
nak cerita banyak, tapi ramai kawan-kawan aku baca...
malu...
huhuhuhu
nyte

X0X0


p/s: aku jujur ngan semua orang, aku harap orang lain pun jujur ngan aku...
=D

selamat tinggal kedah =D

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

tajuk di atas sangat over okeyy...
HAHAHA
insyaALLAH, esok kami (mak, ayah, aku) akan bertolak ke rumah abang aku...
agak-agak dalam pukul 9.30 pagi kami begerak....
mungkin akan singgah Padang Rengas, Perak...
saja, nak melawat kawan-kawan ayah ngan mak masa tinggal kat Perak dulu...



doakan kami selamat pergi dan selamat sampai ke rumah abang..
mengharapkan ALLAH permudahkan segala-galanya...
AMEEENNN =D



thank you mom and dad

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Alhamdulillah, new laptop...
syokkk sorang-sorang....
HAHAHA




TOSHIBA Satellite L840 Series...
intel core i5
RAM 4GB

=D

Malam Lailatul Qadar =))

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk menikmati 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
10 malam terakhir ini merupakan fasa yang terakhir dalam bulan Ramadhan dimana fasa ini merupakan fasa pembebasan dari api neraka.
Dalam fasa yang terakhir ini, insyaALLAH, kita akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Kita tidak dapat menyangka bilakah malam Lailatul Qadar itu akan berlaku. 
Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 malam terakhir daripada malam ganjil.

“Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. ” (Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))

So, untuk 10 malam terakhir nie, jom kita ramai-ramai bangun malam, melakukan ibadah sunat yang dituntut oleh ALLAH S.W.T..

p/s: Jom tidur awal. Esok nak bangun solat malam. =)) 

02/07/2012

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

agak lama mencari peluang tuk aku menaip berita gembira ini...
aku dapat anak buah baru =D
my sis bersalin 02/07/2012...
lahir pukul 10 pagi....
bb girl..
comel...
tak snap gambar pon...
phone rosak..
huhuhuhu

nama baby tu Nur Faheema Al Humaira'
ok2, nanti aku sambung lagi....
banyak lagi kerja kena buat...
huhuhuhu

see you all next time.. =D
wasalam

diam

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

mendiamkan diri lebih baik daripada bercakap...
kena jaga hati orang...
biar orang tak jaga hati kita...
tak pa...
tak kisah...
=D

terima kasih =)

p/s: tunggu baby tak keluar lagi...
bila nak keluar tak tau...
lebih 9 bulan dah nie =P

kenduri

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

nak pergi kenduri...
sempat lagi on9...
hahahaha

*terasa aku comel...hahahaha


sebelum pergi kenduri, kita jalan-jalan dulu, ok
=)

bye3

jahit-jahit

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

nak cerita nie..
mai baca keh...
hehehehehe


aku nak cerita, aku jahit cadar dengan bantal untuk bakal anak buah aku yang ke-2...
bangga gilerr nak habaq...
hahahaha
*jangan layan mood aku..

nanti bila aku dah snap gambar, aku upload..
hehehehe =)



*mak aku yang gunting kain...
aku tolong jahit ja....
kecoh je lebih...
hahahahaha


peace (^_^)

cornflakes + dark chocolate

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

berdasarkan tajuk entry nie...
sedap kot...
bukan nak puji diri sendiri..
memang sedap...
selalu kita dengar orang buat cornflake madu...
tapi aku buat cornflake dark chocolate...
sorry la tak da gambar...
malu nak snap sebenarnya...


hitam teruk kot...
sebab guna dark chocolate..
kalau guna chocolate lain pon boleh..
guna jer yang ada kat rumah...
tak payah susah-susah nak pergi kedai beli barukan...hehehe


tapi aku tak galakkan guna dark chocolate la sebab terlalu hitam...
baik guna choclate susu tu...
lagi sedap rasanya...
tapi kat rumah aku ada dark chocolate jer, aku buat jer la..


 aku cairkan chocolate guna microwave jer...
hehehe
dark chocalate + minyak masak (minyak jagung sedap =) )
tu jer...
masuk dalam microwave..
seminit jer ok...
nant hangus lak...hehehe
kacau sampai sebati, pastu gaul dengan cornflake...
done!!

senang jer kan...
lepas nie pergi buat...
=)



that all...


thank you (^_^)

 

menangis

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

mood saya sedih apabila:



1. sesiapa cakap or saya terbaca apa-apa yang berkaitan tentang lesen moto/kereta...dan saya tak suka orang ungkit pasal lesen depan saya...sedih...
huhuhuhuh
ada sejarah bab-bab lesen nie...sebab tu sedih....




2. bila orang tanya bila nak sambung degree or apa-apa yang berkaitan ngan degree..
ya ALLAH, risau + sedih...
tak tau kenapa...
please, jangan tanya...



3. apabila kena marah....
huhuhu...
lepas kena marah, mesti menangis...
tak kira la kena marah depan-depan, dlm blog, kat FB, dlm msg...
mesti menangis punya...
sabar je la...




saya kuat menangis....
(^_^)


menyesal tak sudah

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

kalau buat sesuatu perkara tu, tolong la ikhlas....
takut tak berkat...
hati tak tenang......
mengganggu fikiran kita....
kan dah menyesal...
huhuhuhuhu


so, sebelum melakukan sesuatu kerja, niat dulu kerana ALLAH S.W.T...
insyaALLAH, kerja yang kita lakukan akan berjalan dengan baik, dan memberi kesan pisotif kepada kita...
peace (^_^)\/

credit from google :)


*pesanan tuk diri sendiri and anda yang membaca nie... (^_^)

ayah, nak phone baru blh?

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

huaaa...
nak tepon bimbit baru...
boleh la ayah..b0leh laaa....

*kat blog ja boleh mintak, depan-depan tak berani...
tunggu masa yang sesuai...
huhuhuhu




1. Nokia N8-00
sumber: google =)

smart tepon nie....
warna hijau daun pisang lawa...hehehehe



2. Samsung Galaxy Note
sumber: google =)

huaaaa....
jeles tengok kakak aku pakai phone nie...
huhuhuhu

3. Sony Ericsson XPERIA X10


sumber: google =)

phone nie ok gak..
warna putih nampak smart tapi takut cepat kotor..huhuhu


bila la aku nak dapat salah satu phone kat atas nie....
nak tunggu harga jatuh dulu baru nak dapat kot...
huhuhuhuhu..

never mind, bersyukur dengan apa yang ada...
nanti bila da ada rezeki lebih sikit, boleh la beli...
=)


*kot-kot la ada orang nak bagi hadiah, mana nak tau...
hahahahaha =P




rosalle

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

rindu nak BW...
tapi tak boleh selalu...
nie pon pinjam broadband ayah..
yang sendiri punya tak baar2 lagi..
huhuhu...


by the way, hari nie nak cerita tentang buah roselle...
petang tadi pergi rumah tok,  mak suruh kutip buah tu buat air jus...


sedap...
kat hutan ada la pokok nie...
masam, tapi tak da la masam sangat...

sekarang, dah ada company yang buka kilang bat jus nie...
senang jer, tak payah susah-susah nak kutip pastu blander...
pergi jer kedai atau pasaraya yang ada juak jus buah nie....
hehehe =)


*banyak lagi buah hutan yang kita tak pernah jumpa....
nant kalau ada lagi, aku buat entry lagi =)


cerita hari nie...

salam kawan-kawan =)
hari nie meneruskan kehidupan dengan rasa syukur...
petang tadi betul-betul bosan...
disebabkan kat rumah ada tepung jagung, so aku merajinkan diri buat biskut semperit..
asalnya nak buat bentuk macam kat bawah nie

credit to google image. heee =D

tapi tak jadi...
sedih =(
terpaksa la buat jadi macam kat bawah nie...

bentuk panjang...
lepas nie nak buat lagi..
kena bagi jadi gak...
hahahahaha...


by the way, tak jadi pon sedap gak...
hehehehe =)

-------------------------------------------------------------

owh, tolong doakan untuk kakak saya yang ditahan di wad pada pagi tadi disebabkan deman akibat jangkitan kuman...
doakan kakak saya and baby dalam perut dia sihat-sihat...
sebelum nie kak saya pernah gugur....
berharap kejadian sebelum nie tidak berlaku lagi...
kandungan dah 7 bulan....
insyaALLAH selamat..
aminnn =)




*hari nie phone tak berbunyi sangat sebab BELIAU ada kelas dari pagi sampai petang..
time makan tengah hari ja boleh message ngan BELIAU...
huhuhuhuhuhu
sabar je laa....



that all =)




tau tak nie buah apa?


salam kawan-kawan ku....=)
selamat pagi..hehehehe
ok, nak tanya, pernah jumpa dan makan buah nie tak?
nama buah nie, buah rotan...
ada kuih yang kita selalu panggil, kuih buah rotan tu...
macam nie la bentuk dia...
tak sangka pokok rotan ada buah sebenarnya...
itulah ciptaan ALLAH... =)

katanya, kalau buah nie warna hitam, baru masak...
saiz sebesar biji guli...

kulit dia macam buah salak....
kadang-kadang nampak macam kulit ular ada gak...
huhuhuhu


rasa dia masam-masam kelat...
sedap..
tapi isi dia nipis ja..
huhuhuhu
selalunya, buah nie jumpa dalam hutan je..
jarang org jual buah nie..



that all =)

Perlis again and again =)

salam =)
tomorrow, me and my friends will go to Perlis again. InsyaALLAH.. 
it to send our final report ok...
not holiday.
hahaha




my mom said, "Esok p ajak Sumayyah mandi laut. Hilang la sikit gatal-gatal kat badan tu. Tak pon, p langkawi, tdoq kat rumah kawan yang duk kat langkawi tu."


I diam membisu. My mom tau kawan yang tinggal kat Langkawi tu lelaki, tapi susuh I tidoq sana lak...
HAHAHA =P





deDunia beBlog =)

Daisypath Friendship tickers