kekuatanku

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.


Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.


Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...


Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.


Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.


Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.


Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.


Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga  al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.


Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.


Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang  ikhlas.


Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu  dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.


 Ya Allah, janganlah Engkau bebankan aku dengan ujian Mu yang aku tidak mampu memikulnya. Ampunkanlah aku, rahmatilah aku dan kasihanilah aku.


Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah لآ اله الا الله


Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan


 Sesungguhnya aku mengaku bahawa mati itu benar, masuk kedalam lubang kubor itu benar, bertemu munkar dan nakir itu benar, soal kubor itu benar, ditimbang amal baik dan amal jahat itu benar, nikmat dan seksa kubor itu benar, syurga dan neraka itu benar serta hari kiamat itu pasti datang


 Ya Allah, pada Engkau aku serahkan hidup dan mati ku. Engkau lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



*kekuatanku hanya apa padaMU ya ALLAH SWT =,(

al-Syarh(Kelapangan)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

moga ALLAH SWT permudahkan presentaion FYP ptg jumaat nie...

Firman Allah SWT dalam surah al-Syarhm ayat 5 dan enam:

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

*non-stop dengar, faham, dan baca surah nie...
may Allah bless me. =')

hidup tidak selalunya indah

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

bulan-bulan terakhir sebelum final exam.
bzy dengan FYP proposal.
yang menyebabkan aku hilang fokus dalam subject lain.
yang membuat aku menangis dalam kelas depan kawan-kawan time present.
dapat bayangkan tak?
lecturer yang suruh menangis, aku menangis la.
hahaha

rasanya tiap-tiap kali masuk kelas FYP, aku menangis.
bukan aku ja.
ada ja classmate aku menangis.
owh FYP, mohon kurangkan bebankan kami.
huhuhu

hari nie ambil masa sikit update blog.
dah lama tak buka.
melepaskan beban-beban FYP disini.
da tak tau nak cerita kat sesiapa.
disini aku luahkan segalanya.

aku bersyukur sangat, orang-orang sekeliling memberi semangat tak putus-putus.
terutamanya mak dengan ayah.
bila call ja mesti aku menangis.
ah, rindunya.
nak balik, tapi tak boleh ='(

kawan-kawan yang selalu menasihati, tenangkan hatiaku kala kesedihan terutamanya roomate aku, IZYAN.
dia punya nasihat n bebelan da macam mak aku bebel.
hahaha
terima kasih IZYAN sebab selalu nasihat wani.
wani sayang IZYAN. hehehe =D
*sorry IZYAN, wani xda masa nak pergi unit kesihatan, bzy sangat ngan FYP. =P

dan dia yang memberi semangat dari jauh.
terima kasih sangat-sangat. =D



aku tak kuat

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

kekuatan ku semakin hilang 
='(

ya Allah, sakitnya....

Rasa

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

alhamdulillah, ALLAH SWT memberi aku kesempatan nak menaip hari nie...
walaupon macam-macam masalah yang datang..
aku usaha gak sabar laluinya...
gitu ha...
skema tak..
hahahaha


yeahh...dah masuk bulan OCTOBER...
i love this month..
hope, semua berjalan ngan lancar selepas nie...
kalau ada masalah, aku harap, aku tak jatuh macam hari tu..
hari tu, aku rasa sangat down...
rasa da tak mampu nak bangun...
aku simpan semuanya..

tiap hari menangis...
masalah tak pernah hilang...
dengan menangis ja aku akan tenang...
teruk gak la...
yang tu aku mampu buat masa sekarang...

perjalanan aku makin jauh...
ujian semakin mencabar...
lagi mencabar sekarang sebab aku tinggal kat luar..
sewa rumah sewa...
duit tiap-tiap bulan keluar..
dah lari bajet nie..
risau gak...
malu nak minta duit kat ayah,..
walaupon aku tau ayah aku kena tanggung aku, tapi meminta tu aku malu...
aku tak pandai...

tengok ayah sendiri macam ada masalah kewangan....
sifat malu meminta tu membuak-buak..
ayah aku da tak kerja..
so, aku terpaksa berjimat...
da tak da cara lain..
berusaha menjadi orang yang berjimat cermat...

terasa berat badan semakin menaik,...
sebab makan ja...
lepas makan tidor...
bila duk rumah sewa, apa yang kita nak, kita boleh makan...
huaaa....
kalau aku gemok camna? HAHA

that all for today...
thanx for reading my blog...
bye =)


p/s: sangat rasa dihargai sebab ada lagi manusia dalam dunia nie, percaya kan aku...
thanx =')

kejutan :)

malam2 nie aku dikejutkan dengan berita gumbira..hehehe...one of my friend kat merbok dulu, already married...serious terkejut..masa dip duli nmpak diam ja...now, she already a wife okeh...hahaha..tu la kan...diam2 dia pon, jodoh da sampai....i'm glad to see u happy la..hehehe.. moga kekal sampai ke syurga...AMEEN :))

p/s: even diri kita xhappy, tgk org lain happy pon da ok..insyaALLAH, bila tiba masanya, kita akan happy kalau bukan di dunia, maybe kat syurga.. kan *motivate my self :')

.....terpaksa menaip guna tgn kiri...tgn kanan x baik sepenuhnya lagi...hope, my right hand will be ok before start new semester...

Sagu Gula Melaka




Simple 




Argghhhh sakitnyaaa

Ya ALLAH, sakitnya...kenapa perut aku tak menerima apa-apa jenis makan.. Luah balik....kalau hari-hari macam nie, boleh kurus nie....

MAKAN
Sarapan:roti bakar - muntah balik
Tghari: tempoyak ngan nasi putih- muntah balik
Malam: mee goreng- masa tgh solat, muntah...

P/s: apa saja ujian yg ALLAH SWT bg kat kita, kita kena kuat...huhhhhhh...aku sedang belajar bersabar dan redha...

Restu ibu

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

hmm...
macam mana nak cerita er...
tak sangka jadi dalam family yang rapat ngan aku...


ok, aku nak start cerita dah nie...


seorang lelaki nie...
anak tunggal...
tinggal dengan mak...
ayah dah meninggal masa dia dalam kandungan mak dia...

lelaki nie nak kawin...
mak dia tak setuju...
dia tetap nak kawin gak...
mak dia tak nak sebab tak suka dengan perempuan tu...
perempuan tu biasa-biasa ja...
ayu..pakai tudung...
mak dia nak menantu yang alim...
golongan ustazah la..
sebab mak dia ustazah...

sebelum dia buat keputusan nak kawin tu, dia tanya pakcik-pakcik(adik2 kepada arwah ayah) dia...
pastu pakcik2 dia bincang ngan mak dia...
mak dia tetap tak setuju...
dia tetap nak kawin gak walaupun mak dia tak setuju...
so, pakcik2 dia buat gak majlis tuk dia...

masa majlis pertunangan, mak saudara dia yang sarungkan cincin....
aku ada time nie...

majlis perkahwinan buat kat kampung ayah dia...
time nie aku tak da..
tengah stdy kat merbok...
mak dia tak datang...
sedihnya... ='(

sejak berkahwin, sekali ja isteri dia pernah berjumpa mak dia...
mak dia buat tak tau ja...
dapat rasa apa yg isteri dia rasa???
semenjak kejadian tu, dia ja yang selalu balik rumah mak dia...

kalau raya, dia ja yang balik jenguk mak dia...
tak bawak isteri dia..

sekarang, dia da ada anak seorang...
anak perempuan...
comel sangat-sangat =D
mak dia tak nak terima cucu tu...
lagi la sedih...
ingankan bila da ada cucu nie, sejuk la sikit hati seorang ibu...
tetapi apakan daya, hati ibu kita tak dapat duga..

samapai sekarang pakcik2 dia tak jenguk mak dia..
sebab pakcik2 dia buat majlis untuk dia....
dia ja selalu jenguk mak dia...


persoalan yang bermain di minda ku:
1. berdosakah lelaki tu sebab berkahwin tanpa restu mak dia??
2.  salah tak pakcik2 dia buat majlis untuk dia walaupun mak dia sendiri tak setuju??
3.  pakcik2 dia berdosa x?


help me...







Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin =D

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

aku baru nak ucap selamat hari raya...
bukan tak da masa..
macam-macam terjadi sebelum nie...
so, sekarang da tenang sikit walaupun ada lagi sikit masalah..
hohoho



alhamdulillah, still lagi dapat duit raya...
yeaaa...
tahun depan bagi lagi....
hahahaha =P



Hana Zulaikha..
anak abang Zul dan kak Nurul =D



wedding anak kawan ayah...
pinjam pelamin orang...
gambar pengantin tak dak pon...
=P

di sini aku menyusun 10 jari ingin memohon  kemaafan kepada sahabat-sahabat aku yang selama ini selalu ada disisi aku sama ada masa susah dan senang...
kalau ada terkasar bahasa, maafkan aku..
tegurlah aku kalau aku ada buat salah...
jangan diam dan simpan dalam hati...
tegur ja...
okeh


that all...
nyte =D


ahhhhh

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

okey, aku menangis lagi sebab benda kecil tu jaaa....
='(




engagement day!!!

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

ok, hari nie ramai yang ambil kesempatan melangsungkan majlis pertunangan...
hohoho...
aku tunang kah???
hehehe... *tanya diri sendiri =P


kawan baik aku masa sekolah rendah...
dulu main sama-sama...
dia dah tunang weh...
koi 3 petang tadi...
secara mengejut...
rombongan lelaki baru buat keputusan malam semalam nak hantar rombongan...
tahniah FATINI a.k.a TINI...
dengar kata paling cepat majlis bulan 12 nie... XD

petang tadi bekas jiran rumah aku dulu, bertunang gak...
tahniah KAK BAITI.. :D

tadi baru ja buka FB, tengok-tengok KAK FARAH tunang gak hari nie..
tahniah KAK FARAH


esok, jiran depan rumah nak tunang gak..
hahaha
esok petang...
tahniah KAK NA...


p/s: tadi mak kata "anak orang lain dah tunang, anak mak tak laku ka??"
huaaa... 
sedihnya bila mak kata macam tu...sob..sob..
nak buat macam mana...
jodoh tak sampai lagi....
so, kita tunggu...

demam

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

still lagi demam...
tak kebah-kebah lagi...

risau...

belajar redha walaupun susah

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

still tak dapat tidor...
berusaha melupakan, tetapi tidak membantu...

kadang-kadang terfikir, belum tibanya masa untuk aku capai kebahagiaan dan kejayaan..
rezeki masing-masing...

aku kena tunggu..
ya, menunggu...
sabar menunggu...

redha dengan ujian ALLAH SWT..
belum tiba masanya...

sabar wani...sabar...
bukan hari nie, mungkin di syurga nanti kau peroleh semua tu...
ini hanya dunia wani...
belajar redha walaupun susah...

ya, belajar redha... ='(




p/s: dua minggu demam tak kebah lagi... makin banyak ujian menimpa ku..
ya, ALLAH, aku mohon...
jangan pesongkan hati ku...
beri ku kekuatan untuk menempuh ujian-MU....
hanya pada-Mu aku meminta ='(

Ajari aku Redha terhadap ketentuan Mu Ya ALLAH

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

andai itu takdirNYA, tolong ajari aku supaya REDHA dengan ketentuan Mu Ya ALLAH...
hamba Mu ini tak kuat ='(



Sebamed Product

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

ok, hari nie nak cerita sikit product yang aku pakai...
product nie sesuai tuk kulit muka yang sensitive sangat-sangat macam kulit aku nie...
dari kecil sampai ke besar sensitive bebenor...
hehehe

Clear Face

alhamdulillah, berkesan.. =)





1. CLEAR FACE ANTIBACTERIAL
CLEANSING FOAM


first harus la pencuci muka okeh...
tiap-tiap hari cuci muka..
kalau tak cuci tu rasa pelik la..
kena selalu guna...
kalau tinggal, problem kulit tu datang balik...
hohoho
dia dalam bentuk foam...
aku ada try guna sabun dia, tapi macam tak sesuai..
so, aku tukar guna yang foam...




2.CLEAR FACE DEEP CLEANSING

FACIAL TONER


macam product lain, mesti ada toner..
guna macam biasa..
sapu selepas cuci muka...



3. CLEAR FACE CARE GEL
gel nie melekit sikit bila mula-mula pakai..
bila da lama-lama dia da meresap dalam kulit..
nie sapu seluruh muka..


4. CLEAR FACE ANTI-PIMPLE GEL
yang nie aku suka..
sapu dekat tempat jerawat sahaja...
kena selalu pakai..
aku selalu pakai pagi-pagi kalau tak keluar pergi mana-mana and sebelum tdor selepas sapu clear face care gel
bangun ja esok, tgk jerawat tu kecut..
suka-suka...
hehehe =)



5. CLEAR FACE COLOURED
ANTI-PIMPLE CREAM
yang nie lak aku pakai kalau nak keluar pergi mana-mana..
lepas pakai bedak, aku sapu benda nie kat jerawat and bekas jerawat..
tapi aku jarang pakai..
malas,,
hehehe..


selain tuk muka, ada lagi product sebamed yang lain..
tuk baby baru lahir, sampai la orang tua...
dari kecil aku guna product nie sebab kulit aku sensitive..
buka muka ja sensitive, badan pon sama...

try la guna..
ikut turutan yang  aku tulis tu...
tak rugi sebenarnya..
harga dia ajak mahal kalau beli satu set...
sebab nie product luar negara and ini research product..

selain nie ada product sampingan lain yang aku guna..

tapi, pada pendapat aku, kalau product yang korang guna sekarang dah ok tuk muka korang, teruskan guna..
sebab kulit kita berbeza-beza..
jangan ambil risiko nak tukar..
risau tak sesuai =)

that all...
thank you sebab rajin baca blog aku..
rajin-rajin la comment =)


p/s: Rindu =(











tiket bas mahal

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

huaaaa

orang lain da lama balik 
esok aku baru nak balik...
sedih kot...
haish...

awat tiket mahal sangat??
geram aih...
sebelum nie xda la mahal pon...
sebab bulan posa ka??

hmm...

esok 23/7/2013
koi10
aku baru nak balik...

*tiket bas mahal...RM49.50

Bye bye Banting Baru, Welcome Sungai Buloh =)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

alhamdulillah, dah sampai Sungai Buloh...
hari selasa nie da nak balik Kedah...
menghabiskan sisa-sisa terakhir di Selangor sebelum balik Kedah...
hehehe

tadi pergi antar adik kat Nilai..
naik kereta ok..
over ja...
cakap macam jalan kaki....
hahahahah


menu berbuka hari nie

salam ramadhan

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

salam ramadhan kawan-kawan...
insyaALLAH, esok da masuk hari yang ke 12 kita berpuasa...
macam ada?
ada yang da tinggal puasa??
alhamdulillah, tak da lagi yang tinggal..
heeee =D

sepatutnya, bila usia kita dah meningkat nie, amalan pon kena meningkat la kan??
hehehe
disebabkan aku ada kat rumah akak aku, aku tak dapat nak buat tarawih di masjid mahupun di surau...
aku kena jadi nany..
so, disebabkan nak dapatkan pahala, aku tarawih di rumah ja..
aku buat lapan ja...
ok la tu kan daripada tak buat langsung...
=)

so, ramadhan semakin hampir melabuhkan tirai...
insyaALLAH 18 hari lagi...
azam aku ramadhan kali ini, nak kejar 10 malam terakhir..
mencari malam Lailatul Qadar...
moga, apa yang aku impikan tercapai...
insyaALLAH =D

ok, that all...
thans for reading my blog...
Salam Ramadhan dari aku di Banting Baru...
=D

i'm back

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

alhamdulillah, selepas berbulan2 mendiamkan diri dari dunia blog nie..
kemanakah aku menghilang?
jeng...jeng...jeng...

sebenarnya saja ja aku mendiamkan diri...
mencari ruang tuk diri sendiri...
hidup nie terlalu banyak masalah...
kadang-kadang tak tau nak luah macam mana...
aku try simpan masalah tu...

berbulan-bulan juga aku simpan...
sakit sebenarnya...
huhuhuhu

btw, thans coz reading my blog...
lepas nie aku selalu update kat sini...
bye kawan-kawan...
good nyte =)

terlalu percaya sampai terluka

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

kejadian petang tadi sebenarnya,,,,
sikit ja nie....
buat kerja tak fikir elok-elok...
hilang focus tiba-tiba....
benda dah jadi =)

sikit ja nie, saja over nak post kat blog....
HAHA
*tiba2 terfikir nak buat kerja gila 



selepas dicuci...
aku ingatkan luka sikit ja, rupanya besar la jugak....
sakit sikit....
huhuhuhu

aku letak minyak gamat and balut sikit sebab nak sambung buat kerja lak lepas nie, takut terkena air, pedih kot...



wanie, nie sikit ja...
kena ingat ya Wanie.....

sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)



Allah SWT berfirman lagi:

 “Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30

ya, terlalu banyak dosa-doasa yang telah  aku lakukan....
semoga ALLAH SWT ampunkan sebahagian dosa-dosa hambaMU ini....
=''(




p/s: 15/2/2013
result degree...
semoga ALLAH SWT permudahkan and mendapat keputusan yang cemerlang;;;
In Sha ALLAH
AMIN

sakit itu ujian ALLAH SWT...

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.


dah dua minggu...


sabar, redha....
ujian ALLAH SWT nie... =)





sedarlah

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.


rentetan pengalaman sebagai pengajaran....
semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH s.w.t



semoga tenang di sana...

Banting, Selangor

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

menetap di Banting selama seminggu...





p/s: nak bercuti punya pasal... =P

13/1 dan 14/1

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

seriously semalam aq menangis sebab tarikh nie...
banyak lagi kena baca...
semoga ALLAH SWT menolong ku...
hanya kepadaNYA tempat aku bergantung sekarang nie....

mood final exam T_T

redha

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.


bila ALLAH SWT dah tentukan, aku baca satu buku tu, kalau tak ingat, tak ingat gak...
jangan kata apa....
redha ja....
faham!!!!

new year

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

selamat tahun baru...
nak cerita banyak, tapi ramai kawan-kawan aku baca...
malu...
huhuhuhu
nyte

X0X0


p/s: aku jujur ngan semua orang, aku harap orang lain pun jujur ngan aku...
=D

deDunia beBlog =)

Daisypath Friendship tickers