selamat tinggal 2009, selamat datang 2010


Salam…

Ape cer korang???

Wanie sihat..

Korang sihat x???

Agak lama wanie x on blogger…

Wanie agak malas nak on9..

Hari nie hari terakhir thn 2009..

Dah nak msk thn 2010..

Tahun nie akan menjadi sejarah x lama lg…

Suka dan duka tahun 2009 akan menjadi kenangan sampai bila2…

Xkn ulang lagi kesalahan yg tlh aq lakukan pd thn 2009…

Semoga pd thn 2010, aq dpt menghadapi dugaan-NYA...


2/1/2010- balik uitm

3/1/2010- start kelas

SELAMAT TINGGAL 2009

SELAMAT DATANG 2010

final exam1

salam...
n3 kali nie x tau la nak cerita ttg apa..
ok, wanie cerita ttg final exam...

jadual final exam:
28/10/2009-bel120(birthdy aq :-( )
3/11/2009-ctu101
8/11/2009-mth222
10/11/2009-akaun
12/11/2009-csc118
15/11/2009-csc128

2 jer nak bg tau..
he..he..he..
yg lain wanie akn taip n3 eterusnya..
so, wanie nak sambung stdy...
doakn kejayaan dan ketenangan semasa menjwp ...
cayokk...cayokk....cayokk....

buDaK u!tM 5

salam...
dah beberapa bulan wanie x jenguk blog nie...
skrg nie c-buk final exam..
so, jarang2 la nak buka facebook, friendster, myspace..

kalau korg nampak wanie on9, mungkin wanie on9 kat makmal kmptr...

ambil kesempatan he...he...he...

n3 kali nie wanie nak letak gmbr budak kelas wanie..



buDaK u!tM 4

salam semua...
selepas cuti seminggu wanie agak c-buk sedikit...
biasa la student u katakn...he..he..
n3 kali nie wanie nak letak lagi gmbar2 yg wanie ada....

nie gmbar sebahagian bdk kelas wanie....
korang tgk la gmbar nie...
lawakkn....
he...he...he...
wanie ada ambil 2 gmbar jer sbb wanienya memory phone dah penuh...
he...he...

(dari kiri: mirul, firdaus, dek wan, akmal, amin n jan)

gambar budk pompuan x de sbb ramai yg x c-hat time 2...

buDaK u!tM 3

salam...
wanie akan teruskan dengan gambar2 seterusnya...
nie kwn2 wanie yang pindah dari kelas 1E to 1C...
he..he...he...
semuanya perangai gila2...
huh...
kat kelas kami semua buat mcm x wujud bdk lelaki dlm kelas walaupun bilangan bdk lelaki dlm kelas kmi lebih ramai berbanding perempuan...

hari nie kitorang janji nak pakai baju warna hijau...
ahad nie nak pakai baju warna merah hati...
semuanya comel2...
he..he...
sukanya...
wanie sayang korang semua...
MUUUAHHH...
next n3 wanie akan perkenalkn sorang2 kwn wanie kelas 1C...

BYE....
WASSALAM...

buDaK u!tM 2

salam...
kita teruskan dgn sambungan gambar2 seterusnya...nie gambar sebelum wanie pindah kelas...
nie gambar bdk2 DCS 1E...
nie gambar minggu pertama start kelas...
time nie wanie x de sebab ada hal....
diorang nie best...
seronok kwn ngan diorang..

ini sahaja untuk kali ini...
nanti wanie tunjukkn lagi gmbar kelas baru wanie...
bye...
wassalam..





buDaK u!tM 1

salam...
sekrg nie wanie ada kat umah....
hu..hu...
rindu sama kwn2...
wanie nak letak ambar yg wanie sempat ambil kat UITM MERBOK.....



cantikkn...
he...he..he...
nie KOLEJ MAHSURI.....
bilik wanie F3-02-35....
kepada kawan2 yang study kat UITM MERBOK dtg la ke bilik wanie...
he..he..he..
kepada yg dah tau bilik wanie datag la selalu..
gambar seterusnya...
nie pemandangan dari atas...
cantik pemandangan di sini..
wanie suka tempat nie...

ada lagi....nie kat pondok b'hampiran dgn perpustakaan...
ini sahaja gambar yg wanie ambil...
wanie x sempat nak ambil gambar banyak2 sebb bzey sangat...
he..he..
nanti wanie sambung lagi dan letak banyak2 lagi gambar....
wassalam.......

away to uitm sg. petani...

assalamualaikum...
he...he...
dah tiba masanya wanie nak masuk uni.
x sabar2 nak msk nie...
orang lain dah belajar, kami baru nak masuk...
hu..hu...


di sini wanie nak ucapkn terima kasih kepada semua yang telah menjadi sahabat wanie yang banya memberi nasihat n bantuan...

nasihat n bantuan anda sangat wanie hargai...

wanie doakn korang semua berjaya walau dimana korang berada...

doakn wanie semoga berjaya di uni. nanti...



wassalam...

s3l4m4t h4r! b4p4

he...he...
selamat hari bapa kepada ayahku, AZMI BIN SALLEH...
semoga panjang umur n murah rezeki...
terima kasih sebab menjaga anak2mu ini dengan sabar sekali...


...JASAMU DIKENANG SAMPAI BILA2...


...:::ayah, kaulah inspirasiku:::...



kepada semua BAPA2 di seluruh Malaysia, SELAMAT HARI BAPA....


Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2.

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

Selamat mencuba

UiTM or UniKL

assalamualaikum..
tadi, wanie baru jer dpt surat dari UniKL...



yang pasti pilihan wanie adalah UiTM...
adakah wanie membuat pilihan yang tepat???
sesiapa boleh membantu...
abah wanie x tau lagi tentang nie sebab x abah x balik minggu nie...
ah... camna nie????


b0s4n...

assalamualaikum...
wanie x dapat nak online lama-lama untuk bulan nie sebab ABANG JAN (abang ipar wanie) ada kat rumah sekarang nie...
so, bosan x tau nak buat apa...
baru-baru nie wanie pergi kebun kat kampung mak wanie, kami bawa pulang buah durian...
wanie kalau jumpa buah yang bermusim wanie nak makan jer kerjanya....


malam tu wanie makan 8 ulas durian...
masa nak tidur rasa panas-panas badan...
esoknya, wanie demam panas...
huh.... pengajarannya jangan makan banyak-banyak sangat durian...
durian bersifat panas...

n0v3l t3rb4ru

novel terbaru yang wanie baca minggu nie...


tajuknya PANGGIL AKU DAHLIA...
novel nie best...

sebahagian sinopsisnya...

“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.

Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?

* * *

Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!



so jgn lupa beli novel nie...
x de ruginya...

h4r! gUrU

MyEm0.com

salam semua....


minggu nie wanie c-buk c-kit sbb nak selesaikan urusan nak ke uitm...
wanie kena selesaikan pada bulan mei juga sebab bulan jun nie c-buk c-kit...
so, kena selesaikan bulan nie gak...
sebenarnya bukan nak cerita tentang nie...


hari nie wanie nak cerita tentang hari guru..
semalam wanie ada tolong adik wanie balut hadiah...
teringat masa hari guru tahun lepas..
hu..hu....
rindu sama cikgu2 skolah...
disini wanie nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu2 yang telah mengajar wanie selama ini...


-------------------------------------------------------------

cikgu2 SK WAN ABDUL SAMAD


--------------------------------------------------------------------


cikgu2 SK TUN DR. ISMAIL



--------------------------------------------------------------

cikgu2 SMK TUN PERAK


-------------------------------------------------------------



cikgu2 SMK POKOK SENA



----------------------------------------------------------------


cikgu2 memandu ILMU BARU SDN. BHD.

---------------------------------------------------------------------

WANIE SAYANG SEMUA...


...:::JASAMU DIKENANG:::...


MyEm0.com

s3l4m4t m4ju j4y4

MyEm0.com
salam semua...
korang mesti x sabar2 nak sambung belajar..
x kira la matrik, u or form6....
janji korang belajar...
di sini wanie nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua budak kelas wanie di smk pokok sena, bdk smk tun perak, n bdk satu 2syen ngan wanie, tak lupa kepada semua bdk republic 1991...
korang semua memang best..
selama wanie bersama dgn korang, wanie telah belajar tentang persahabatan....
persahabatan yang membawa kepada kebaikan...
walaupon kita x pernah bertemu, namun wanie rasa korang dekat dgn wanie..
korang dengar masalah wanie...
wanie suka baca post korang semua...
nak cari kawan memang senang...
tapi kalau nak cari kawan yang jujur memang susah dalam dunia nie...
so, wanie nak umumkan korang merupakan kawan yang jujur....(bangga x)
so, kalau nanti korang dah dapat kawan baru, jangan mengecewakan kawan anda tersebut...
korang semua memang bestttttttttttttt.........
semoga persahabatan yang terjalin akan kekal sampai bila2...
wanie sayang korang semua...
friends

MyEm0.com

novel TUNAS +aAbB by hlovate

MyEm0.com
salam semua...
sihat???
hari nie wanie nak cerita tentang novel yang wanie baca minggu nie........
nie dia novel tu..
hlovate mengundur beberapa tahun ke belakang untuk menyingkap tentang kisah Adin & Benz serta Magnificent7 dalam novel aA+bB...
sebenarnya wanie dah beli novel aA+bB...
so, wanie beli novel TUNAS nie sebab nak mengetahui lebih lanjut tentang kisah Adin & Benz serta Magnificent...
sape2 yang dah beli novel aA+bB, wanie cadangkan korang beli novel TUNAS...
lepas baca novel TUNAS nie korang baca balik novel aA+bB..
mesti best punya...
sape2 yang belum membeli novel aA+bB wanie cadangkan korang beli novel TUNAS dulu...
lepas korang habis baca, korang beli novel aA+bB...
x de ruginya beli kedua-dua novel nie...
sape yang ada duit lebih korang beli kedua-dua novel nie...

kepada penggemar novel di luar sana, jangan lupa untuk membeli kedua-dua buah novel nie..
wasalam...




MyEm0.com

akhirnya...

MyEm0.com

salam semua..
pagi tadi abah wanie dah tepon..
dia bagi kebenaran masuk uitm dip. sns komptr...
alhamdulillah...
wanie bersyukur sangat abah bagi pergi...
so, tawaran form6 tu wanie tolak bulat2...
tak nak masuk skolah yang sama balik...
kalau dapat skolah lain mungkin wanie masuk untuk sementara...
ramai kawan wanie yang tak dapat upu...
diorg bagi tau nak masuk form6 sementara menuggu tawaran yang lain...
semenjak beberapa hari nie wanie kurang sihat...
mungkin sebab terlalu letih..
mungkin tidur x cukup...
kadang2 x boleh nak tidur..
ok la...
tu jer wanie nak taip..
wassalam....

MyEm0.com

u!tm n f0rm6

MyEm0.com
salam semua.....
hari nie wanie nak bt tau ttg surat tawaran uitm n form 6...
NIE SURAT TAWARAN UITM...








(klik gambar kalau nak tgk)...
wanie dapat DIPLOMA SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK kampus UiTM Kampus Sungai Petani kat Merbuk, Kedah..
he..he..
wanie baru jer dpt tau iza-chan pon dpt UiTM Kampus Sungai Petani...
tapi wanie x tau lagi nak pergi ke tak uitm..
kena tunggu ayah wanie balik dari perak dulu....

nie tawaran form 6..

(klik gambar kalau nak tgk)







wanie dpt jurusan kemanusiaan..
kat skolah lama wanie..
wanie baru jer sekejap tadi call kawan wanie...
dia bg tau skolah tu x de jurusan nie..
pelik2...
nanti wanie bagi tau nak masuk mana...
sekarang tak bolah buat keputusan..
kena tanya mak n abah dulu..
WASSALAM...


MyEm0.com

I'm Yours- Malay version

MyEm0.com


LAYANNNN....



MyEm0.com

s4h4b4t r3publ!c 1991

MyEm0.com

LAYANNNN....




love this video...
tq eju sebab letak gambar wanie....
tq kepada semua bdk2 republic 1991 yg menghargai wanie sebagai kawan dalam hidup anda semua...
wanie terharu dengan penerimaan anda semua dalam menjalani hidup yang penuh dugaan ini...
sape2 yang tidak ada dalam vedio ini jgn sedih..
korang tetap sahabat wanie selamanya...
semoga kita menjadi sahabat hingga akhir kayat..
wanie doakan anda semua berjaya dlam hidup...
wassalam...
(terasa macam tulis wasiat)

MyEm0.com
MyEm0.com
upu dah keluar....
aq dpt nie..

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


KOD PROGRAM : E2810

NAMA PROGRAM : DIPLOMA SAINS KOMPUTER

IPTA : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)


nak pergi ker x ?????
help me.....

MyEm0.com

kajian terhadap budu

MyEm0.com

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang
menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6
dan vitamin 12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia
perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara . Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. so minumlah budu mcm minum air mineral ……..he he

Carian pemilik Teratak menjumpai kajian yang dibuat oleh Dr. Iichiro Ohira, Professor dari Okayama University, Jepun. Bukan sahaja budu sahaja yang dikaji, malah tosei, belacan, cencalok, kicap dan tempe juga dikaji. Jika anda berminat, anda boleh muat turun kertas kerja kajiannya di –> DISTRIBUTION AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF LACTIC ACID BACTERIA FROM TRADITIONAL FERMENTED FOODS IN SOUTHEAST ASIA.



MyEm0.com
MyEm0.com

wanie minat sangat lagu nie....
korang dengar jer...dah ada lirik dalam vedio 2...
hayati bersama....

MyEm0.com
salam sayang wanie...:p

tiada couple dalam islam

MyEm0.com

Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.



MyEm0.com

deDunia beBlog =)

Daisypath Friendship tickers